Institut Memandu Gabungan SKEM (M) Sdn Bhd
SKEM merupakan Institut Memandu antara yang awal beroperasi di Malaysia yang mana idea penubuhannya ini adalah bagi memudahkan urusan pendaftaran lesen memandu, latihan dan ujian dijalankan setempat.
Matlamat SKEM ialah melahirkan pemandu-pemandu yang berhemah dan mempunyai kemahiran memandu di tahap yang tinggi disamping memberi pendedahan secara praktikal.
SKEM menyediakan latihan khusus untuk pemanduan kereta, motosikal, bas, teksi dan juga lori bersama jurulatih yang bertauliah daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Selain daripada menjalankan aktiviti pendaftaran lesen memandu, latihan dan ujian, SKEM turut terlibat dengan aktiviti tanggungjawab sosial seperti mengadakan ceramah keselamatan jalan raya di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. SKEM juga sering kali dijemput menyertai kempen-kempen keselamatan jalan raya yang dianjurkan oleh kerajaan mahupun NGO.
Click here to official website.
